Kritikan Akta Dadah Berbahaya 1952

Penyelaras Suaram, Syukri Razab menyatakan bahawa Akta ini mencabuli hak asasi manusia. Laporan Free Malaysia Today menyatakan bahawa individu yang ditangkap mengikut undang-undang itu boleh ditahan tanpa dibicarakan dan mereka hilang hak mendapat pembelaan secara adil di mahkamah. Akta itu tidak mengurangkan kesalahan dadah berbahaya di Malaysia kerana sejak 2008-2013, statistik Agensi Antidadah Kebangsaan menunjukkan bilangan yang ditangkap di bawah kesalahan tersebut terus meningkat.[petikan diperlukan]

Seseorang yang ditangkap boleh ditahan selama 60 hari bagi tujuan siasatan, tetapi bentuk siasatan yang dijalankan oleh pihak polis dalam tempoh ini masih tidak jelas. Bentuk siasatan mengikut akta itu juga tidak pernah didedahkan kepada umum. Suaram berpendapat tidak wujud ketelusan dalam siasatan polis sepanjang tempoh siasatan. Bentuk siasatan ini menimbulkan kerisauan tentang bagaimana sebenarnya operasi standard pihak polis dalam menjalankan siasatan.

Pada 20 September 2014, Pakar Perlembagaan Persekutuan Malaysia, Dr Abdul Aziz Bari menyatakan bahawa masalah dadah ini tidak menampakkan tanda-tanda berkurangan, dan oleh itu, apa yang disebut Suaram patut diambil kira. Kemudian, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar menyelar cadangan Suaram kerana ia akan menghalang usaha pihak keselamatan / PDRM membanteras masalah dadah di negara ini.[2] Menurut pihaknya, pemansuhan akta itu akan membantutkan usaha polis membanteras kegiatan pengedaran dadah.[3][4]